Live Class Matematik

8 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 April 2025, Staf NADI telah mengadakan webinar Matematik kepada komuniti yang berminat untuk turut serta di NADI Batas Lintang. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberikan pendidikan kepada peserta secara percuma dan komuniti yang kurang berkemampuan untuk turut belajar di atas talian.

Selain itu, webinar ini juga memberikan pengajaran tentang teknik pengiraan yang betul dan penting ketika peperiksaan. Hal ini kerana Matematik adalah subjek penting untuk pelajar lulus agar memperolehi keputusan cemerlang di masa hadapan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali